'Adakah saya bermimpi?!' - Gadis menang RM4.1 juta dengan mendapatkan vaksin Covid-19


Joanne Zhu, 25, dari Australia menjadi jutawan selepas memenangi kempen Million Dollar Vax yang mengalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin, memberi peluang kepada hampir tiga juta orang untuk membawa pulang kemenangan wang tunai dengan mendapatkan vaksin. 


Pelajar dari Australia itu menjadi jutawan segera hanya dengan mendapatkan vaksin Covid-19, membuatkan orang ramai tidak percaya. 


Joanne memenangi $1,000,00 (RM4.1 juta) selepas menjadi salah seorang daripada 2,744,974 warga Australia yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.


Berkata kepada News 7, Joanne yang terkejut berkata, "Adakah saya bermimpi? Adakah ini benar? Saya tidak percaya". 


Menurut Joanne, dia sebelum itu sedang bekerja dan menerima panggilan dari pihak kempen tersebut, tetapi tidak dijawab. Joanne menghubungi semula nombor tersebut dan dimaklumkan bahawa dia berjaya memenangi satu juta dollar. 


Dengan kekayaan baharunya itu, Joanne mahu berkongsi wang hadiahnya itu bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Joanne sudah dua tahun tidak berjumpa dengan keluarganya di China semenjak pandemik Covid-19. 


"Saya rasa saya nak bawa keluarga saya dari China ke Australia dan beri mereka menginap di hotel lima bintang untuk Tahun Baru Cina ini jika sempadan telah dibuka semula. 


"Saya nak beli hadiah untuk mereka dan laburkan baki wang itu supaya saya boleh mendapat lebih banyak wang di masa depan dan untuk membantu orang ramai jika mereka memerlukan bantuan," katanya. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2021/11/adakah-saya-bermimpi-gadis-menang-rm41.html
Previous
Next Post »