'Kawan saya dirogol 2 jantan s**** ni guna dadah' - Gadis rayu netizen kesan 2 suspek kes rogol rakannya


Seorang wanita membuat pendedahan di Twitter yang mendakwa rakannya telah dirogol oleh dua orang lelaki dan meminta kerjasama dari orang ramai untuk mengenalpasti dua lelaki terbabit untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.


Menurut wanita berkenaan, dua suspek itu merupakan ‘kaki perempuan’ dan kali terakhir mereka dilihat adalah di Royal Park Hotel. 


“Kawan saya dirogol oleh dua jantan s**l ini. Jika ada sesiapa yang tahu tentang hal ini, tolong tampil berikan maklumat. Cara tak cantiklah bro nak perempuan, kau sumbat dadah macam ni,” katanya dalam ciapan tersebut. 


Difahamkan, mangsa telah diberikan sejenis dadah yang dicampurkan dalam botol minuman. Dua suspek terbabit secara tiba-tiba datang ke mejanya lalu diberikan botol air tersebut. Sebaik saja mangsa tersedar, dia mendapati dirinya berada di sebuah rumah. 


Bagaimanapun, rakan mangsa meminta orang ramai tidak menyalahkan rakannya kerana dua suspek terbabit sememangnya bermasalah. 


“Mohon jangan salahkkan mangsa. Dua lelaki itu yang bermasalah. Mereka datang ke meja mangsa secara tiba-tiba dan diberikan air. Tahu-tahu dah sampai ke rumah (dibawa suspek). Mangsa kata, suspek sudah siap berkemban. 



“Nama gelaran lelaki itu Sham dan Ryan. Saya tidak kenal siapa mereka tetapi kalau saya sendiri tak dapat (tangkap) mereka, Allah itu Maha Adil. Ya, mungkin saya terlalu beria, tetapi kawan saya tiada sesiapa di sini. Saya bertanggungjawab menjaga dia. 


“Oh ya, saya memang tidak berada di tempat kejadian tetapi saya tahu cerita keseluruhannya. Tiada sesiapa yang bawa dia pergi buat laporan polis. Saya yang suruh dia buat laporan polis. Saya menghubungi salah seorang inspektor polis yang pernah membantu saya yang katanya saya boleh tolong mangsa. Jadi saya bawa dia pergi ke balai dan harap dapat membantu. Kes rogol bukan perkara main-main,” tegasnya.


Walaupun identiti mangsa tidak didedahkan kerana bimbang akan keselamatannya dan menjaga aibnya, pengadu amat berharap ada pihak yang tampil membantu mengesan dua suspek berkenaan. 


Sumber: Nurrul Natasha




source https://www.thereporter.my/2021/11/kawan-saya-dirogol-2-jantan-s-ni-guna.html
Previous
Next Post »