'Tak semestinya orang yang belajar tinggi semuanya bijak' - Rita Rudaini bidas kenyataan doktor minta golongan antivax duduk dalam gua


Lengkap dua dos vaksin, itulah yang ditekankan pihak kerajaan kepada mana-mana premis untuk membenarkan pengunjung memasuki premis berkenaan. Jika tidak, pengunjung tidak dibenarkan masuk sama sekali. 


Penekanan ini dilihat bukan sebagai satu bebanan kepada masyarakat, tetapi untuk mengelakkan wabak jangkitan yang lebih tinggi. Situasi ini dilihat memberikan kesan kepada golongan antivaksin khususnya. 


Pelakon Rita Rudaini antara selebriti yang dikatakan menolak untuk divaksinasi. Dia pada awalnya dikecam netizen gara-gara menyatakan bahawa golongan warga emas tidak sepatutnya dipaksa untuk mengambil suntikan vaksin. Dalam masa yang sama, dia turut mempersoalkan mengapa ada rakan seindustri mempertikaikan individu belum menerima vaksin boleh menjalani penggambaran. Sejak dari itu juga, segala luahan yang dibuat oleh Rita mula menjadi perhatian netizen.


Terbaharu, Rita seakan tidak berpuas hati dengan ciapan yang dimuat naik oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Netrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah di laman Twitter miliknya. Melalui ciapan tersebut, Dr. Rafidah menyatakan golongan antivaksin boleh terus tinggal di Malaysia, tetapi tinggal di dalam gua.  


“For those Malaysian antivaxxers, you can stay, I guess. You are the minority. But stay in some GUA. Kalau GUA nak terima lah. Thank you.


“For those who do not or will not follow the rules and regulation of Malaysia, please leave the country. We don’t want you here anyway. Thank you,” tulisnya.



Ciapan itu ternyata mengejutkan Rita dan dia bertindak membalas balik kenyataan pakar perubatan itu melalui Instagram.  Dalam kenyataannya, Rita berkata dia amat terkejut dengan ciapan seorang doktor seperti itu.


“Siapakah dia ni? DR tu stand for what ye? Kalau stand for Doctor, sistur amat terkejut juga dengan pemikiran dari otak yang dianugerah dan dipinjamkan oleh Allah S.W.T pada dia.


“Baru sistur tau, tak semestinya orang yang belajar tinggi-tinggi semuanya bijak belaka. Hanya bijak atas kertas exam bidang mereka saja,” tulisnya.



Sementara itu Dr Rafidah melalui Facebooknya berkata, dia 'berterima kasih' di atas segala gelaran, kutukan yang dilemparkan terhadapnya. Namun mempersoalkan bahasa yang digunakan oleh golongan berkenaan yang tidak melambangkan ciri-ciri kemanusiaan dan adab ketimuran. 


Sebagai doktor, dia tetap akan menjalankan tugasnya dengan profesional dan memberi rawatan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukannya. 


"Terima kasih kerana memanggil saya dogtor dan segala kutukan cacian. Mungkin (mereka) sudah bosan di dalam GUA. 


"Saya cuma hairan kerana bahasa yang digunakan tidak langsung melambangkan ciri-ciri kemanusiaan dan adab ketimuran. 


"Tidak mengapalah. Bila anda datang ke hospital dalam keadan tenat, jangan bimbang. Saya memberi rawatan sebaik mungkin. Mungkin lagi profesional walau dikutuk macam mana sekalipun. 


"Saya pakar perunding perubatan menjaga Jabatan Kecemasan. Jadi, dengan sayalah anda jumpa dulu," tulisnya.


Sumber: IG Rita Rudaini, Twitter Dr. Rafidah Abdullah



source https://www.thereporter.my/2021/11/tak-semestinya-orang-yang-belajar.html
Previous
Next Post »