Dukun nodai 2 pesakit perempuan, kononnya mampu menghalau jin dengan melakukan hubungan badan


Polis menahan seorang dukun yang didakwa mencabul pesakitnya dalam kejadian yang berlaku di Desa Tanjung Mulia, Kecamatan Air Putih, Sumatera Utara, Indonesia.


Suspek, Dimas, 29, mengaku telah merogol dua pesakit perempuan semasa melakukan rawatan yang kononnya dia mampu menghalau makhluk halus dengan cara melakukan hubungan badan. 


"Suspek telah ditahan di kediamannya selepas merogol mangsa berusia 18 tahun. Suspek berpura-pura menawarkan perkhidmatan menghalau makhluk halus (jin)," kata Pegawai Polis, Sabtu. 


Siasatan awal mendapat, suspek dan mangsa berkenalan melalui Facebook. Suspek kemudian mengatakan dia mempunyai kemahiran untuk menghalau makhluk halus yang menumpang di dalam badan. 


Tetapi untuk melakukannya, mereka perlu melakukan hubungan badan seperti suami isteri. Mangsa yang percaya terus datang ke rumah dukun berkenaan. 


"Termakan dengan kata-kata Dimas, mangsa datang ke rumah dan di situ suspek berpura-pura menghalau makhluk halus dan merogol mangsa," katanya. 


Beberapa hari kemudian, mangsa lain juga datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan. Dan sekali lagi suspek melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu dengan mengajak mangsa melakukan hubungan badan. 


Setelah melakukan perbuatan kejinya itu, suspek sempat meminta bayaran dari mangsa sebanyak RP500,000 (RM146). 


Suspek telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah serta berdepan dengan hukuman penjara selama sembilan tahun. 


Sumber: Indo Zone



source https://www.thereporter.my/2021/11/dukun-nodai-2-pesakit-perempuan.html
Previous
Next Post »