Suspek baling batu dari flyover sebab bengang selalu dihimpit lori



Polis semalam menahan seorang lelaki yang membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Malau, Jitra baru-baru ini sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan pengguna.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, risikan pihaknya berjaya mengesan suspek yang ketika itu menunggang motosikal jenis Honda Wave di lokasi yang sama pada jam 1.45 tengah hari. 


Dalam keadaan yang mencurigakan, suspek turun dari motosikal dan mengambil sesuatu dari raga sebelum cuba mengulangi perbuatannya yang membawa kepada penangkapannya. 


Ketika disoal siasat, suspek mengakui dia melakukan perbuatan khianat itu kerana tidak berpuas hati sering dihimpit pemandu lori. 


Semakan rekod pula mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah dan jenayah. Keputusan ujian saringan air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis methamphetamine. 


Sumber: Kosmo



source https://www.thereporter.my/2021/11/suspek-baling-batu-dari-flyover-sebab.html
Previous
Next Post »