Individu tak ambil suntikan vaksin Covid-19, dikenakan perintah berkurung atau denda RM2,378 kalau ingkar


Bermula hari ini, Austria mengenakan perintah berkurung terhadap individu yang tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19. Langkah itu diambil bagi menangani lonjakan kes baharu dan tekanan yang meningkat di Unit Rawatan Rapi (ICU). 


Menurut laporan, Austria antara negara di benua Eropah yang mencatatkan trend peningkatan jangkitan tertinggi dengan 815 kes positif seminggu bagi setiap 100,000 orang. 


Orang yang berusia lebih 12 tahun yang tidak divaksin atau baru pulih juga tidak dibenarkan keluar. Golongan tidak divaksinasi ini dilarang berkunjung ke mana-mana tempat termasuk restoran, hotel, teater dan lif ski.


Mereka hanya dibenarkan keluar dari rumah atas beberapa sebab terhad seperti pergi bekerja, bersenam, mendapat rawatan perubatan atau membeli barang-barang keperluan sahaja. 


Setakat ini, kira-kira sembilan juta bersamaan 65 peratus penduduk Austria telah menerima vaksin. 


"Keadaan kini serius, kami tidak mengambil langkah ini sewenang-wenangnya tetapi malangnya ia perlu," kata Cancelor Alexander Schallenberg yang turut merayu individu yang belum mendapat vaksin segera tampil mendapatkan suntikan vaksin. 


Bagi individu yang didapati melanggar perintah tersebut boleh dikenakan denda 500 euro (RM2,378), manakala yang enggan menunjukkan bukti mereka telah divaksin atau baru sembuh boleh didenda tiga kali ganda. 


Sumber: Astro Awani, Berita Harian



source https://www.thereporter.my/2021/11/individu-tak-ambil-suntikan-vaksin.html
Previous
Next Post »