'Orang sebarkan gambar itu cuba nak burukkan nama saya' - Baby Shima nafi bermesra, tetapi adegan untuk muzik video lagu Lalai


Susulan tersebar gambar penyanyi dangdut Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 28, seperti sedang mencium seorang lelaki di pusat hiburan, dia sekali lagi tampil menafikan dakwaan kononnya itu semua hanyalah gimik. 


Jelas Shima, apa yang berlaku pada ketika itu sebenarnya adalah salah satu babak dalam penggambaran muzik video baharunya yang berjudul Lalai. 


Baca: 'Saya akui itu memang saya, tak perlu tahu siapa lelaki itu' - Baby Shima tampil beri penjelasan mengenai gambar viral


"Buat apa saya nak buat gimik macam itu untuk memalukan diri sendiri? Pastinya saya tidak memilih cara itu untuk mencapai populariti. Bila saya tengok komen-komen, semuanya menulis komen seolah-olah percaya tanpa tahu perkara sebenar. 


"Saya nak minta maaf mengenai gambar yang tersebar itu. Saya pun tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama saya. 


"Saya percaya orang ini mahu menjatuhkan dan memalukan saya serta membuat orang benci lagi pada saya. Saya tahu tujuannya itu dan mungkin dia rasa puas apabila berjaya buat begini," katanya. 


Petang tadi, Shima menafikan dakwaan bermesra dengan lelaki di dalam gambar tersebar itu dan enggan mendedahkan identiti lelaki terbabit yang menurutnya tiada kepentingan untuk berbuat demikian. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2021/11/orang-sebarkan-gambar-itu-cuba-nak.html
Previous
Next Post »