'Saya rasa sedih' - Aaron Aziz terkejut, dirinya jadi punca pasangan suami isteri bercerai


5 November 2021, portal Utusan Malaysia menyiarkan laporan statistik kes perceraian berlaku di kala pandemik Covid-19 berpunca dari mengalami tekanan dan masalah kewangan sehingga meruntuhkan rumah tangga. 


Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut menyatakan beberapa punca remeh yang menyumbang kepada kes itu seperti, isteri kerap menghabiskan masa bermain PUBG, rumah bersepah dengan produk Tupperware dan termasuk terlalu meminati pelakon Aaron Aziz. 


Laporan tersebut menarik banyak perhatian ramai termasuk Aaron Aziz yang meluahkan rasa sedihnya melalui Instagram semalam. 


"Ya Allah, saya baca (berita) ini, saya rasa sedih. Abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia. Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah," tulisnya ringkas disertai dengan tanda pagar #jangankecamAbg #Abgtakbersalah #PerkaraygAbgtidakinginberlaku.


Difahamkan, sebanyak 86,468 kes perceraian berlaku sejak pandemik Covid-19 mula melanda Malaysia, menjadikan jumlah perceraian bertambah kepada 212,080 kes bagi tempoh dari 2018 hingga 27 Oktober 2021. 


Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang mengakui terkejut kerana menyangka Aaron Aziz bercerai kerana PUBG dan Tupperware, sehinggalah mereka terpaksa membaca tajuk berita itu dua kali sebelum sedar yang pelakon itu antara alasan pasangan suami isteri bercerai. 


Sumber: Utusan Malaysia, Aaron Aziz



source https://www.thereporter.my/2021/11/saya-rasa-sedih-aaron-aziz-terkejut.html
Previous
Next Post »