Penerbit sahkan Squid Game Season 2 akan kembali dengan lebih banyak episod


Penerbit drama bersiri, Squid Game, Hwang Dong-hyuk, telah mengesahkan bahawa siri Netflix yang popular itu akan diteruskan dengan musim kedua. 


Penulis dan pengarah drama berkenaan membuat pendedahan itu kepada Associated Press, apabila ditanya mengenai permintaan penonton untuk menerbitkan lebih banyak episod. 


"Terlalu banyak tekanan, banyak permintaan untuk musim kedua. Jadi saya rasa penonton tak bagi kami pilihan. 


"Memang akan ada musim kedua dan ia masih dalam perancangan. Tetapi masih terlalu awal untuk saya menyatakan bila dan bagaimana jalan cerita yang seterusnya," ujarnya. 


Musim pertama Squid Game yang ditayangkan di Netflix pada September lalu menjadi drama bersiri yang paling banyak ditonton dalam perkhidmatan penstriman itu. 


Drama bersiri Korea Selatan itu berjaya menarik minat 111 juta penonton, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Netflix. 


Bersiaran sebanyak sembilan episod, drama ini menunjukkan para peserta perlu mengikuti kejohanan yang rumit di mana penghutang yang terdesak bersaing antara satu sama lain dalam beberapa permainan maut menawarkan ganjaran wang tunai yang banyak.


Sumber: Independent



source https://www.thereporter.my/2021/11/penerbit-sahkan-squid-game-season-2.html
Previous
Next Post »