(Video) 'Tu dia buang lagi paku!' - Driver Nissan Almera AJK869 dirakam sengaja buang paku di jalan raya



Tular di media sosial video menunjukkan pemandu sebuah kereta jenis Nissan Almera, membuang sejumlah besar paku di atas jalan raya dalam kejadian yang berlaku di Pusing, Jalan Ipoh-Lumut.  


Menurut sumber, suspek dipercayai berbuat demikian untuk menganiaya pengguna jalan raya semata-mata mahu mendapatkan keuntungan dengan cara mudah. 


"Memang dah terang-terang buang paku atas jalan untk cari makan. Nombor plat pun dah ada, AJK 869. Apa lagi, kasi angkutlah," katanya. 



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular itu dan kini sedang giat mengesan suspek. 


Selain itu, pihaknya juga menerima laporan polis dari pengguna jalan raya yang mendakwa tayar kenderaannya bocor selepas melalui jalan berkenaan. 


"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. 


"Pemilik kereta Nissan Almera bernombor pendaftaran AJK869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut," katanya. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil menghubungi Inspektor Siti Ramlah Abdullah, selaku pegawai penyiast jenayah di talian 016-7676287 untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro, Twitter Mat Sekilau



source https://www.thereporter.my/2023/04/video-tu-dia-buang-lagi-paku-driver.html
Previous
Next Post »