'Itu speaker you kasi tukar tempat, jangan hala ke rumah saya' - Lelaki complaint bunyi azan terlalu kuat, didakwa halang jemaah solat terawih



Tular di media sosial video seorang lelaki bukan Islam mengadu bunyi pembesar suara daripada surau sebuah pangsapuri di Sungai Chua terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteramannya. 


"Itu speaker, you kasi tukar tempat. Jangan hala speaker itu ke rumah saya di belakang. Speaker dalam surau, saya tak ada masalah. You sembahyang sini, saya tak ada masalah," katanya dalam video tersebut. 


Bagaimanapun media melaporkan lelaki itu gagal menenangkan diri dan mula meninggikan suara sehingga tercetus pertengkaran di antara mereka. 


Perakam video turut mendakwa pintu surau juga dirosakkan oleh lelaki berkenaan sebelum melarikan diri. 



Di media sosial, kes itu mengundang pelbagai respon daripada netizen. Ada yang menegaskan bahawa Malaysia adalah negara Islam dan bangsa lain yang bukan beragama Islam perlulah menghormati agama rasmi kebangsaan. 


"Ini negara Islam. Kalau semua nak perlahankan sebab nak jaga hati agama lain, lama kelamaan sama je negara kita dengan negara kafir. Sikit-sikit kau nak bagi muka, lama-lama kena pijaklah kau," kata Khairul.


"Dah bertahun-tahun duduk Malaysia, takkan tak boleh nak faham keadaan sekeliling macam mana? Malaysia ini majoriti Islam. Inilah jadinya bila dah banyak sangat bagi muka, mula nak pijak kepala," kata Zul Fahmy.


Tetapi, ada pula berpendapat speaker surau/masjid di bahagian luar sepatutnya digunakan untuk melaungkan azan sahaja bagi memanggil umat Islam datang mengerjakan. Manakala bagi aktiviti lain pula menggunakan speaker di bahagian dalam. 


"Speaker luar sepatutnya digunakan untuk memanggil orang solat je (azan). Dah selesai azan, gunakan speaker dalam surau dan perlahankan mengikut kesesuaian dengan kapasiti ruang yang ada agar dapat didengar dalam surau sahaja. Kalau guna speaker luar dan kuat, jangan kata dia, orang kita sendiri pun boleh hangin. Lagi-lagi dalma apartment, bergema," kata Mohd Azizan. 


"Laung azan guna speaker luar. Mengaji, solat, baca Quran, ceramah guna speaker dalam," kata Hasif. 


Sumber: Info Semasa, Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2023/04/itu-speaker-you-kasi-tukar-tempat.html
Previous
Next Post »