'Kemesraan suami isteri tak perlu post di media sosial' - Netizen tegur Abby Abadi tayang kemesraan secara terbuka



Seminggu yang lalu, pelakon Abby Abadi memuat naik video menunjukkan dirinya memeluk suami yang sedang berzikir dan berdoa selepas selesai menunaikan solat. 


Kemesraan yang dikongsikan oleh Abby di Instagramnya itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang kemudian memberi teguran kepadanya di ruangan komen. 


"Kak, sekadar saranan. Cukuplah kemesraan kita dalam rumah kita. Semoga berbahagia selalu," kata Desdew. 


"Astaghfirullah.. Kemesraan suami isteri tidak perlu dipost lebih baik. Rakam buat simpanan sendiri," komen Wydmhd. 


"Semua benda laki bini nak tunjuk naya la. Orang sekarang tak ada privasi rumah tangga dah," kata Mrshdnkmllh.bnhdr. 



Menyedari komen-komen itu, Abby tampil membalas komen tersebut. 


"Terima kasih atas teguran, tapi ini peluk belakang je pun. Suami kita, bukan suami orang ya. Kalau hebat sangat, boleh tegur orang terang-terang, sila tegur pelakon-pelakon drama yang suami dan isteri orang berlakon bersentuhan/berpelukan itu. 


"Itu baru betul teguran yang hebat, okay," kata Abby. 


Pengikut pelakon berkenaan turut tampil mempertahankan Abby. 


"Serius tak afham kenapa ramai yang komen kemesraan tak payah ditunjuk la, apa la. Tapi drama Rindu Awak 200%, Titian Cinta, Playboy Itu Suami Aku dan semua-semualah korang tengok berkali-kali siap jadikan idola. Halahh! Diorang bukan posing atas katil pun," kata Cik Nurul Atin. 


Sumber: Instagram Abby Abadi



source https://www.thereporter.my/2023/04/kemesraan-suami-isteri-tak-perlu-post.html
Previous
Next Post »