'Terdiam member tak tau nak cakap apa' - Boss James terkena tempias kes influencer TikTok curang dengan staff sendiri



Influencer TikTok, Boss James dilihat menerima tempias daripada kes curang yang membabitkan 'rakan sejawat' bersama dengan kakitangannya sendiri yang tular di media sosial baru-baru ini.


Terdahulu, Boss James ada meninggalkan komen di TikTok Shermine, isteri kepada lelaki curang itu, dan menasihatkan ibu kepada tiga anak itu bersabar menghadapi dugaan dalam rumah tangganya. 




Dan semasa membuat siaran langsung di TikTok semalam, Boss James dihujani dengan pelbagai komen mengenai kes tersebut walaupun dia sebenarnya tiada kaitan dengan hal pasangan berkenaan.


Dengan komen tanpa henti dari netizen membuatkan Boss James terkedu dan dalam masa sama jumlah tontonannya juga meningkat. Rata-rata netizen meminta Boss James tampil membantu Shermine. Tidak kurang juga yang menasihat dia untuk tidak melakukan perbuatan sedemikian. 


@iylayayunk93 sampai terdiam @bossjames_oe 😅😅 #miraviewchin ♬ bunyi asal - 🚛IYLA93penangAcc1️⃣🚛


"Boss James, support dia (Shermine), lindung dia, kesian tengok dia ketakutan macam tu," kata Natasha. 


"Jangan jadi macam VC tau. Jangan macam-macam la you ye, I support you," kata Hantu. 


"Kenapa tu Boss James dok tenung-tenung ni? Mesti stress orang tanya pasal Mira," kata Sarifa. 


"Kalau nak kahwin, jangan cari perempuan nama Mira boss!" kata Shal. 


"Sorry ye, apa-apa berkenaan V*** C*** dan Mira jangan tanya sini. Sini live Boss James," kata netizen yang kemudian komen itu dipin oleh Boss James.


Sumber: TikTok



source https://www.thereporter.my/2023/04/terdiam-member-tak-tau-nak-cakap-apa.html
Previous
Next Post »