'Kalau tak suka, itu masalah kamu' - Zizie Izette kongsi penampilan barunya, enggan ambil pusing apa kata orang



Penampilan baharu pelakon Zizie Izette Abd Samad mengundang perhatian ramai yang rata-rata memuji kecantikannya. Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin itu mula menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas 'Billboard' ucapan rayanya bersama suami dan madunya tular. 

Ramai yang memuji keputusan Bung Moktar menggunakan gambar itu sebagai tanda sebenar lelaki sejati kerana berani menampilkan dua isterinya untuk tatapan umum. 




"Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah kamu dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal ini. Kalau tak suka, itu masalah kamu. 


"Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing aa orang lain nak fikir mengenai kita. Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan," katanya menerusi hantaran di Instagramnya tujuh jam lalu. 



Penampilan baharunya itu menerima banyak tanda suka daripada rakan artis dan juga pengikutnya. Di kesempatan itu, ramai yang mengucapkan selamat hari raya kepada Zizie. 


Bagaimanapun ruangan komen pada gambar itu telah ditutup kepada umum atas sebab-sebab yang tidak diketahui. 


Sumber: Instagram Zizie Izette



source https://www.thereporter.my/2023/04/kalau-tak-suka-itu-masalah-kamu-zizie.html
Previous
Next Post »