'Memang saya salah, saya tak patut tampar Shermine' - Influencer TikTok, View Chin minta semua bersabar & tunggu penjelasannya



Dalam pendedahan Shermine semalam mendakwa, dia telah ditampar oleh bekas suaminya seperti yang ditunjukkan dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai berlaku di pejabat mereka. 


Hal itu membuatkan ramai netizen berasa terkejut dan ada yang mengambil inisiatif untuk meminta penjelasan daripada lelaki itu sendiri. 


Dalam kenyataan awalnya, influencer TikTok berkenaan, View Chin, mengaku menampar Shermine kerana berlaku pertengkaran di antara mereka yang membabitkan hal anak-anak. 



"Kes pasal anak. Masa itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang salah saya, saya tidak sepatutnya menampar dia. 


"Saya akan terangkan semua ini (dalam masa terdekat), terima kasih kerana ambil berat," katanya ringkas. 


Ditanya mengenai status hubungannya dengan Mira, View Chin meminta semua pihak bersabar dan akan memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut. 







Awal pagi Ahad, 16 April 2023, View Chin memuat naik gambar di Instastory dengan kapsyen dia amat merindui anak-anaknya. Namun, Shermine membidas kenyataan tersebut dan mendakwa View Chin kerap check in di hotel bersama perempuan lain dan tiada masa untuk bersama dengan anak-anak mereka. 


Sementara itu, Shermine memaklumkan kepada pengikutnya bahawa dia telah membuat lapoarn polis dan mendapatkan bantuan guaman untuk menuntut keadilan. Shermine yakin dia berada di pihak yang benar. 




Sumber: Oh My Media, IG Shermine

source https://www.thereporter.my/2023/04/memang-saya-salah-saya-tak-patut-tampar.html
Previous
Next Post »