(Video) 'Wei! Ada orang bawah pokok tu.. Ya Allah' - Rider Grab maut ditimpa pokok tumbang


Seorang penghantar makanan berusia 20 tahun maut ditimpa pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang, Khamis, 15 April 2021, berhampiran stesen minyak Alam Damai, Cheras. 


Orang ramai yang ternampak kejadian itu segera datang menghulurkan bantuan dan berjaya menarik keluar mangsa yang ketika itu masih bernafas. 


Tidak beberapa lama kemudian, pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Salah seorang saksi kejadian yang jug merupakan pekerja stesen minyak tersebut, Abu Dzar Al Husaini Rahimin berkata, dia melihat kejadian pokok tumbang itu tetapi tidak menyangka mangsa ditimpa pokok berkenaan. 


"Saya segera menghubungi talian kecemasan 999. Tidak lama selepas itu, saya lihat beberapa pengguna jalan raya bergegas mengalihkan dahan pokok kerana ada seseorang terperangkap di bawahnya," katanya. 


Difahamkan, sebelum kejadian itu angin bertiup dengan kencang dan hujan. 





Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



source https://www.thereporter.my/2021/04/video-wei-ada-orang-bawah-pokok-tu-ya.html
Previous
Next Post »