Kerajaan beri Bantuan Khas RM500 kepada Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021


Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam. 


Bantuan tersebut diberi kepada penjawat awam bermula dari Gred 56 dan ke bawah. ini termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP. 


Tidak ketinggalan, pesara kerajaan juga menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM250. 


Dalam kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri yang baru dikeluarkan hari ini berkata, bantuan itu diberi bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini. 


Difahamkan, bantuan khas tersebut akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021 yang akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. 


"Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.


"Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," kata kenyataan itu. 


Sumber: Pejabat Perdana Menteri



source https://www.thereporter.my/2021/04/kerajaan-beri-bantuan-khas-rm500-kepada.html
Previous
Next Post »