(Video) 'Dia pukul saya, apa you orang tengok saja ka?!' - Rider Grab Food dipukul peniaga restoran


"Dia sudah tumbuk saya, dia mau tumbuk saya, boleh saya buat report atas dia?" demikian pertanyaan penghantar makanan Grab Food terhadap dua anggota penguatkuasa di Taman Foo Onn, Ipoh, Perak dalam video viral hari ini. 


Anggota berkenaan bagaimanapun meminta lelaki terbabit beredar dari lokasi kejadian bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh. 


Dalam video viral itu, kedengaran ada suara yang menyebut kejadian yang berlaku itu hanyalah masalah kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan.


Namun, lelaki itu tidak berpuas hati kerana merasakan dirinya tidak bersalah dalam kes itu dan sekali lagi menegaskan kepada beberapa orang awam di situ bahawa dia telah dikasari oleh peniaga berkenaan. 


Kecewa dengan respon yang diterima, rider Grad Food akhirnya mengalah dan mahu beredar. Malangnya, belum sempat dia berbuat demikian, datang peniaga terbabit yang menendang kakinya dari belakang. 


Mangsa terus spontan mencengkam rambut dan menariknya sehingga terjatuh serta memukul kepalanya bertubi-tubi. Dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai isteri suspek, segera meleraikan pergelutan yang tidak diingini itu. 


Walaupun tahu 'tewas' di pusingan pertama, suspek bangkit dan mengambil topi keledar mangsa dan mengacah mahu membalas semula pukulan itu. Tetapi dihalang oleh orang awam. Memandangkan usaha untuk memukul mangsa tidak berjaya, suspek bertindak menendang motosikal mangsa. 


Hal itu membuatkan mangsa berasa geram lalu meluru dan menghentam kepala suspek. Ketika itu barulah yang lain tampil ke depan untuk menghalang keadaan menjadi lebih teruk. 



Suspek masih enggan menerima kekalahan itu dan mengambil semula topi keledar, membuatkan isterinya berasa geram dan menjerit "SUDAH! SUDAH LAH BERGADUH BANG!!!". 


Sehingga kini, motif kejadian masih tidak diketahui. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



source https://www.thereporter.my/2021/04/video-dia-pukul-saya-apa-you-orang.html
Previous
Next Post »