Polis buru suspek dera & ugut bunuh dua anaknya dalam video viral


Susulan viral video seorang lelaki menganiaya dua kanak-kanak dan mengacu pisau serta mengugut mahu membunuh mereka, polis kini sedang giat memburu suspek. 


BACA LAPORAN BERKAITAN: 'BUNUH DUA-DUA INI!' - 2 BERADIK DIPIJAK DAN DIUGUT BUNUH OLEH SUSPEK


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan sepasukan pegawai dan anggota telah dihantar ke lokasi kejadian. 


Namun, suspek didapati tiada di lokasi dan dipercayai sedang bersembunyi dengan membawa dua kanak-kanak itu. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku di Ulu Balung, Tawau. Suspek dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan baru sahaja bercerai dengan isterinya. Suspek kemudian melarikan dua anaknya itu daripada ibu mereka. 


Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil membantu siasatan agar dua beradik itu dapat diselamatkan segera. 


Semalam, video dua kanak-kanak itu viral di media sosial yang menunjukkan si bapa memijak badan mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan. Biarpun anak menangis kesakitan dan ketakutan, suspek tidak mengendahkan semua itu dan terus menerus menyakiti mereka. 


Mangsa turut dipijak di bahagian leher sehingga menyebabkan dua beradik itu hampir tercekik. Suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan pisau. 


Sumber: Astro Awani 



source https://www.thereporter.my/2021/04/polis-buru-suspek-dera-ugut-bunuh-dua.html
Previous
Next Post »