2,148 kes positif Covid-19 baharu & Muhyiddin kata kerajaan tidak akan laksanakan PKP 3.0

Khamis, 15 April 2021, Malaysia hari ini mencatatkan 2,148 kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah 367,977 kes. 


Peningkatan mendadak itu menunjukkan Sarawak merekodkan 512 kes tertinggi, diikuti dengan Selangor - 459, Kelantan - 221, Sabah - 202, Johor - 182, Kuala Lumpur - 171, Pulau Pinang - 134, Terengganu - 57, Melaka - 53, Perak - 51, Pahang -34, Negeri Sembilan - 34, Kedah - 26, Putrajaya - 8, Labuan - 3 dan Perlis - 1. 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyarankan kerajaan menangguhkan kebenaran pulang beraya di kampung berikutan kes positif menunjukkan trend peningkatan. 



Menterinya juga berkata, bazar Ramadan berkemungkinan akan ditutup sekiranya terdapat kluster baharu dari aktiviti perniagaan itu. Meskipun baru tiga hari bazar dibenarkan beroperasi, KKM banyak menerima aduan mengenai pelanggaran SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di seluruh negara. 


Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kepada kumpulan perniagaan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga. 


Bagaimanapun, pemain industri perlu memastikan pematuhan yang tinggi terhadap SOP terutamanya dari segi penyediaan kemudahan tempat tinggal pekerja. 


"Ini juga peringatan bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula PKP. Bagaimanapun PKP bersasar akan dilaksanakan di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran," katanya.


Sumber: FB KKM, MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2021/04/2148-kes-positif-covid-19-baharu.html
Previous
Next Post »