(Video) 'Cikgu tu kata nanti korang nak rogol, jangan rogol bawah 18, rogol atas 18 tahun' - Pelajar dedah guru lelaki buat lawak lucah dalam kelas PJK


Seorang pelajar sekolah menengah melalui akaun TikTok mendedahkan guru di sekolahnya membuat lawak tidak bertempat mengenai gangguan seksual di dalam kelas ketika sesi pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan, mengundangkan rasa kurang senang pelajar perempuan. 


Menurut Ain Husniza Saiful Nizam, 17, pada awal sesi pembelajaran itu berjalan dengan baik sehinggalah guru itu mula membuat lawak-lawak lucah yang membuatkan pelajar perempuan terdiam, manakala pelajar lelaki pula ketawa kerana merasakan ianya kelakar. 


"So, saya baru balik dari sekolah dan hari ini kelas kami belajar subjek pendidikan jasmani dan kesihatan dengan seorang guru lelaki ini. 


"Sesi pembelajaran berjalan dengan baik, kami didedahkan dengan perkara berkaitan gangguan seksual, bagaimana menjaga diri sendiri dan sebagainya.


"Dia (cikgu) mula buat beberapa lawak, ia kedengaran normal pada awalnya tetapi lama kelamaan lawak itu menjadi semakin pelik dan lucah.


"Kemudian kami bercakap mengenai bagaimana undang-undang melindungi mangsa gangguan seksual, selepas itu dia (cikgu) kata, 'So nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, rogol yang atas 18'.


"Dia betul-betul kata macam tu dan pelajar perempuan semuanya diam tetapi pelajar lelaki ketawa kerana merasakan hal itu kelakar kerana cikgu itu buat lawak mengenai perbuatan merogol seseorang. 


"Walapun bercakap tentang bagaimana kalau lelaki kena rogol, mangsa tidak akan membuat laporan kerana mangsa rasa sedap atau menikmatinya," katanya. 


Banyak lagi yang hendak didedahkan oleh Ain, namun dia kesuntukan masa untuk berbuat demikian. 


Difahamkan Ain membuat aduan mengenai perkara itu kepada kaunselor sekolah. Kaunselor berkenaan memohon maaf bagi pihak guru terbabit dan juga memberitahu bahawa remaja lelaki suka buat lawak kasar tetapi tidak menyimpan ia di hati. 


Sementara itu bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab, akan membuat laporan polis dalam masa terdekat dan akan berjumpa dengan pihak sekolah kerana kecewa dengan guru terbabit yang tidak amanah serta mencalar kepercayaan ibu bapa terhadap guru yang sepatutnya mendidik anak-anak mengenai hal-hal yang baik. 


"Lebih teruk lagi apabila secara tidak langsung (cikgu itu) menyuntik idea bahawa merogol itu boleh dilakukan, diterima sebagai sesuatu yang normal dan dijadikan bahan lawak semasa mengajar. 


Pendedahan Ain itu juga menarik perhatian bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malek yang mendesak pengetua sekolah menyiasat perkara itu. 


"Rogol bukanlah jenaka dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya. Minta pengetua sekolah pelajar ini melihat isu tersebut secara serius dan siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat. 


"Rogol bukan bahawa lawak dan guru harus menitipkan soal keselamatan, bukan sebaliknya," katanya. 


Sumber: TikTok Ain, MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2021/04/video-cikgu-tu-kata-nanti-korang-nak.html
Previous
Next Post »