'Kami student, mana nak cari duit bayar saman?' - Buka mask sekejap sebab sesak nafas, pegawai KKM terus saman student RM1,500


"Student matrikulasi Perak kena kurung for the whole semester but end up, KKM masuk kafe pergi kompaun RM1,500 dekat student. 


"Kepala hotak dia. Kitorang punya elaun pun enam bulan, RM1,250 jeh hanat," demikian tweet viral yang mencetuskan banyak reaksi negatif netizen terhadap isu tersebut. 


Mana tidaknya, berbeza dengan kes golongan individu terkemuka yang melakukan pelanggaran SOP & penjarakan sosial, disiasat terlebih dahulu sebelum dikenakan tindakan undang-undang. 


APA CERITANYA SEBENARNYA? 


Seorang lelaki, dipercayai pelajar kolej berkenaan tampil memberikan penjelasan yang menurutnya hal itu berlaku, bermula dari kes keracunan makanan yang berlaku di kolej tersebut. 



"Keesokan hari (19 April 2021), KKM masih turun ke kolej walaupun kafe yang terlibat dengan keracunan makanan itu telah diberi notis untuk menutup premisnya selama dua hari. 


"Beberapa pegawai KKM berada di kawsan kafe sekitar jam 3 petang sehingga 5 petang. Kebanyakan student habis kelas jam 4 petang, dari kelas ke blok kediaman siswi atau ke kafe untuk membeli makanan berbuka puasa. 


"Salah seorang rakan saya baru balik dari kelas, pakai mask. Berjalan dari blok akademik ke kafe. Disebabkan cuaca panas dan pakai mask semasa turun tangga ke kafe, dia tarik mask ke bawah sebab tak cukup nafas (sesak nafas). 


"Tiba-tiba salah seorang pegawai KKM panggil dia. Tak ada amaran, peringatan dan pertanyaan, terus minta nama, nombor kad pengelanan dan alamat rumah. Kena kompaun RM1,500  dan pelru dibayar dalam tempoh dua minggu di Pejabat Kesihatan Kampar. Jika ingkar, kes itu akan dibawa ke mahkamah.


"Ramai lagi pelajar yang kena kompaun tanpa sebarang amaran atau peringatan. Laju mereka meminta nama dan nombor kad pengenalan untuk ditulis di atas kertas kompaun. 



"Student matrikulasi hampir lima bulan dikuarantin dalam kolej sendiri. Outing tidak dibenarkan, jumpa ibu bapa hanya di depan pagar utama Matrik sahaja. Pembelajaran dalam kes bersama pensyarah pun kena jaga SOP. 


"Ya, saya faham pensyarah dan penjual di kafe itu orang luar yang datang masuk ke dalam kawasan kolej. Dan kami sebagai pelajar perlu ambil langkah berjaga dan titik beratkan SOP pada masa pandemik sebegini. 


"Disaman RM1,500? RM1,500 itu nilai yang besar bagi kami student. Elaun bulanan pun RM250. Nak cari RM1,500 sebagai student, sangat susah. Dimanakah keadilan? Tiada peringatan atau amaran dikeluarkan terhadap pelajar. Terus laju saja surat saman dikeluarkan kepada pelajar. 


"Golongan kayangan dibuka dahulu kertas siasatan sebelum disaman. Rakyat Marhaen dan pelajar laju sahaja disaman tanpa ragu-ragu. Mana keadilannya?" tulis Jay Jay. 


Isu itu mendapat perhatian dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan, Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan secepat mungkin. 


Sumber: Twitter Jay Jay 



source https://www.thereporter.my/2021/04/kami-student-mana-nak-cari-duit-bayar.html
Previous
Next Post »