'Mungkin gurauan dari rakan sedarjahnya' - Timbalan IGP sifatkan ugutan rogol yang diterima Ain mungkin hanya sekadar gurauan sahaja


Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, mengesahkan pihaknya menerima laporan polis dari pelajar perempuan berusia 17 tahun yang mendakwa diugut rogol oleh rakan sekolahnya susulan pendedahan mengenai gurunya membuat gurauan lucah ketika berbincang mengenai isu gangguan seksual. 


BACA: (Video) 'Kalau aku dapat, aku sagat-sagat dia, takpun aku rogol, hantar kat Thailand' - Ain dapat ugutan setelah dedah guru lelaki buat lawak lucah 


Acryl Sani menyifatkan, ugutan itu mungkin gurauan oleh rakan sekolahnya. 


"Pelajar berkenaan (Ain Husniza Saiful Nizam) telah membuat dua laporan polis. Laporan pertama berkaitan dengan apa yang beliau rasakan pendekatan guru tersebut tidak begitu wajar. 


"Semalam beliau membuat laporan tambahan (kedua) dengan mungkin gurauan daripada rakan sedarjahnya yang beliau mungkin tidak dapat terima," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini, 26 April 2021. 


Kertas siasatan telah dibuka dan polis sedang mengambil keterangan daripada individu-individu terbabit, serta saksi-saksi kejadian. 


Sabtu lalu, Ain mendedahkan guru pendidikan jasmani dan kesihatan membuat gurauan tidak bertempat dengan menyebut, "Nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.". 


Pendedahannya itu mengejutkan banyak pihak, namun tidak pada salah seorang rakan sekolahnya yang menganggap perbuatan Ain itu memalukan sekolah sehingga mengugut mahu merogolnya. 


"Kalau aku dapat, aku sagat-sagat dia. Tak pun aku rogol, hantar kat Thailand," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2021/04/mungkin-gurauan-dari-rakan-sedarjahnya.html
Previous
Next Post »