(Video) 'Budak darjah 3 ke bergaduh ni? - Ejek-mengejek, baling botol di restoran, 8 'malaun' ditahan


Polis menahan lapan lelaki yang terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah restoran di Rawang dalam kejadian awal pagi semalam, untuk siasatan. 


Ketua Polis Daerah Gobak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, empat daripada suspek berusia lingkungan 23 hingga 29 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Gombak, manakala empat lagi suspek hadir menyerah diri di balai yang sama. 


Beberapa individu yang telah dikenalpasti, sedang diburu oleh polis untuk membantu siasatan.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi, pengadu beruai 29 tahun dikatakan sedang minum bersama rakan-rakannya di sebuah restoran sebelum tercetuskan perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki lain akibat ejek mengejek. 


Keadaan menjadi semakin bruuk apabila kumpulan berkenaan membaling botol ke meja pengadu yang kemudian membalas semula perbuatan mereka lalu berlakunya pergelutan. 



Akibat dari kejadian itu, pengadu cedera ringan di bahagian tangan dan dada. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



source https://www.thereporter.my/2021/04/video-budak-darjah-3-ke-bergaduh-ni.html
Previous
Next Post »