Posmen lastik anjing guna gelang getah digantung tugas, mungkin berdepan dengan tindakan ditamatkan perkhidmatan


Tindakan seorang posmen melastik seekor anjing menggunakan gelang getah yang didakwa telah mencederakan mata haiwan itu dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kluang, Johor, mengundang padah apabila videonya diviralkan di media sosial. 


Video berdurasi 21 saat itu dimuat naik pengendali laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue, yang menerima banyak reaksi netizen yang mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab kakitangan Pos Malaysia Berhad berkenaan. 


Berdasarkan video, posmen terbabit terdahulu menekan butang loceng di pagar rumah berkenaan sebelum didatangi seekor anjing peliharaan pemiliknya, yang menyalak dari sebalik pagar rumah.


Lelaki tu kemudian mengambil gelang getah lalu dilastik pada haiwan itu menyebabkan anjing itu terus lari. 


Pos Malaysia mengambil maklum mengenai kejadian itu dan menyiasat aduan dari orang awam serta berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan terbabit sekiranya didapati bersalah. 


Dalam perkembangan terkini, Pos Malaysia dalam kenyataannya meluahkan rasa kesal dengan tindakan lelaki itu yang digantung tugas sementara siasatan dalaman dilakukan. 



"Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan. 


"Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhdimatan mereka," katanya. 


Sumber: Sinar Harian



source https://www.thereporter.my/2021/02/posmen-lastik-anjing-guna-gelang-getah.html
Previous
Next Post »