Budak maut terkena renjatan elektrik selepas cucuk sudu dalam lubang soket elektrik


Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas memasukkan sudu ke dalam lubang soket elektrik.


Pengguna Facebook, Eloisa Acay Angara, berkongsi gambar anak lelakinya yang telah meninggal dunia akibat renjatan elektrik dalam kejadian yang tidak diingini itu mengundang rasa simpati netizen. 


Menurut Eloisa, dia tertinggal sudu besi yang digunakan untuk menyediakan bancuhan susu kepada anaknya, Jake Angara. Meskipun sudu itu diletakkan di tempat tinggi, mangsa dapat mengambil sudu itu dan bermain dengannya. 


Jake kemudian mencucuk bahagian pemegang sudu ke dalam lubang soket elektrik dan terus terkena renjatan. 


Suami Eloisa yang menemui anak mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri, terus bergegas menghantarnya ke hospital berdekatan. 


"Saya baru nak buka pintu dan terdengar bunyi letupan. Saya ingatkan ada benda yang terjatuh. Suami saya terus menjerit dan kata Jake terkena renjatan elektrik.


Pegawai perubatan mencuba segala usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, tetapi gagal dan Jake disahkan telah meninggal dunia. 


Jurucakap syarikat bekalan elektrik (Meralco), Joe Zaldarriaga memberi peringatan kepada pengguna untuk berhati-hati ketika menggunakan soket elektrik. 


"Kemalangan boleh berlaku apabila mereka tersentuh atau objek mahupun jari termasuk ke dalam lubang soket. Jangan gunakan extention cable sekiranya tiada keperluan mendesak," katanya.


Sumber: Yahoo News



source https://www.thereporter.my/2021/02/budak-maut-terkena-renjatan-elektrik.html
Previous
Next Post »