Pasangan gari tangan bersama selama beberapa minggu, terpaksa dapatkan rawatan di hospital sebab tangan kena ulser


Pasangan kekasih di Ukraine pada pertengahan Februari mengambil keputusan untuk menggari tangan mereka bersama selama tiga bulan bagi membuktikan cinta mereka, sempena Hari Valentine. 


Alexander kudlay dan Victoria Pustovitova berbuat demikian di depan patung perpaduan di Kyiv sambil disaksikan oleh pegawai pendaftar rekod negara yang mengesahkan pasangan itu waras.


Bagaimanapun, perancangan mereka tidak berjalan dengan lancar apabila salah seorang daripadanya mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 


Viktoria mengalami kesakitan luar biasa di tangannya akibat ulser yang berpunca dari geseran rantai besi. Pasangan itu pada awalnya cuba menyapu krim pada luka tersebut, tetapi tidak mendatangkan sebarang perubahan positif. Pasangan itu kemudian pergi ke hospital dan Viktoria dinasihatkan untuk memakai pembalut ketat. 


Dermatologi Tatyana Egorova memberi peringatan kepada pasangan itu yang mereka perlu berhenti melakukan eksperimen yang tidak membawa sebarang faedah itu. 


"Ini adalah ulser dan ianya berpunca dari kontak berpanjangan dengan rantai besi menyebabkan gangguan peredaran darah," katanya. 


Alexander dan Viktoria berkata, semenjak menggunakan rantai itu, mereka sudah biasa melakukan rutin harian seperti ke tandas, membasuh pinggan, memasak dan memandu. Mereka hanya mengalami kesukaran apabila mahu menggunakan tandas di restoran dan di tempat awam. 


Viktoria berkeras mahu menggunakan tandas wanita, tetapi ada yang mengadu mereka tidak selesa apabila Viktoria membawa teman lelakinya. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2021/02/pasangan-gari-tangan-bersama-selama.html
Previous
Next Post »