'Mangsa cuba melawan tetapi gagal' - Pelayan restoran diliwat 2 saspek 8 kali secara bergilir²


Seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran mendakwa dirinya telah diliwat secara bergilir-gilir oleh dua lelaki. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu, 20 Februari 2021 di mana sebelum itu mangsa sedang berjogging bersendirian di kawasan berhampiran rumahnya pada jam 7 malam di Jalan PJU 6A, Damansara. 


Mangsa kemudian terserempak dengan dua lelaki yang sedang minum minuman keras yang memanggilnya dan bertanya pelbagai soalan. 


"Secara tiba-tiba saspek menarik tangan mangsa dan mengarahkannya membonceng motosikal rakannya lalu dibawa ke rumah sapsek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara. Mangsa cuba melawan, tetapi gagal," katanya. 


Berdasarkan pengakuan mangsa, dia mendakwa telah diliwat secara bergilir-gilir oleh dua saspek itu sebanyak lapan kali, selain dipaksa melakukan seks oral sebelum dihantar mangsa pulang ke rumah.


Trauma dengan kejadian yang tidak diingini itu, mangsa kemudian membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 


Bertindak di atas laporan itu, sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah menahan dua saspek yang merupakan warga tempatan berusia 31 dan 36 tahun. 


Semakan mendapati, saspek berusia 36 tahun mempunyai dua rekod kes jenayah, manakala seorang lagi saspek tidak mempunyai sebarang rekod. 


"Kedua-dua saspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan. 


"Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta sebatan," katanya. 



source https://www.thereporter.my/2021/02/mangsa-cuba-melawan-tetapi-gagal.html
Previous
Next Post »