Driver Myvi rempuh van sampai terbalik dibebaskan dengan jaminan polis, mohon netizen jangan mengelabah t....


Pemandu kereta Perodua Myvi yang memandu melebihi had laju sehingga merempuh van yang menyebabkan pemandunya kritikal, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, pihaknya telah menyerahkan sampel darah lelaki itu kepada Jabatan Kimia dan kini menunggu keputusan ujian darah yang dijangka akan mengambil masa. Kenderaan milik suspek juga akan diperiksa dan mengambil masa untuk mendapatkan laporan. 


"Suspek sudah diberi jamin polis dan setelah semua keterangan diperoleh, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya. 


Azman juga memohon saksi-saksi kejadian yang mempunyai rakaman video (dashcam) sebelum kemalangan itu berlaku untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 012-9845477. 


Isnin lalu, pekerja swasta terbabit terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang, menyebabkan pemandu van berkenaan cedera parah. 


Suspek kemudian cuba melarikan diri dari tempat kejadian, tetapi dihalang oleh pemandu Proton Waja dan berjaya ditahan polis. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



source https://www.thereporter.my/2021/02/driver-myvi-rempuh-van-sampai-terbalik.html
Previous
Next Post »