Isteri & bayinya dipukul suami kerana enggan dipeluk & dicium


Seorang lelaki bernama Adam Malik, 19, penduduk di Samarinda, Indonesia, ditahan polis kerana dipercayai menganiaya isteri dan bayinya berusia empat bulan. 


Suspek menganiaya anak dan isterinya hanya kerana kesal isterinya berusia 16 tahun itu enggan dipeluk dan dicium dalam kejadian yang berlaku pada Rabu, 10 Februari 2021. 


Berang dengan keengganan isterinya itu, Adam bertindak menganiaya isterinya sebelum melepaskan kemarahannya pada anak lelaki berusia empat bulan dengan menendang dan direndam dalam tab mandi. 


Kejadian itu terbongkar setelah si isteri berjaya keluar dari rumah dan membawa anaknya ke hospital. Ketika menerima rawatan, mangsa menceritakan kejadian yang baru dialaminya yang kemudian membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan mangsa, polis telah menahan Adam dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. 



Siasatan awal mendapati, Adam mengakui menganiaya isterinya itu untuk memberi pengajaran. Dia bertindak memukul bayinya kerana geram isterinya tidak mahu dipeluk dan dicium. 


Difahamkan, itu bukan pertama kali Adam menganiaya isterinya. - Agensi



source https://www.thereporter.my/2021/02/isteri-bayinya-dipukul-suami-kerana.html
Previous
Next Post »