'Dia lari macam tu je' - Gadis Shell menangis ditipu pelanggan sebanyak RM360


Malang nasib seorang kakitangan stesen minyak diperdaya seorang pelanggan lelaki yang tidak bertanggungjawab menyebab mangsa mengalami kerugian ratusan ringgit. 


Menurut mangsa yang dikenali sebagai Suyyaya berkata, pada hari kejadian seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ke atas datang ke kaunter memaklumkan dia mahu membuat isian penuh namun memberi wang pendahuluan sebanyak RM50. 


"..pakcik datang dengan Hilux, bagi RM50 lepas tu minta isi penuh. Tengok muka pula boleh dipercayai, ingatkan dia isi kurang dari RM100. Lepas tu dia lari macam tu je," kata Suyyaya dalam video perkongsiannya di TikTok. 


Perbuatan lelaki itu membuatkan mangsa terkilan dan kini terpaksa menanggung kerugian tersebut menggunakan wang gajinya sendiri.


Turut menimbulkan persoalan, tong apa yang digunakan oleh lelaki itu sehingga membuat pengisian minyak yang mencecah kos RM360. 



"Woii gaji aku!! RM1-RM2 tu tak kisah, ini beratus-ratus. Kau pakai tong ape weh untuk isi minyak banyak tu? ...dia isi.. Ya Allah.. banyaknya. (Saya) dengan muka bangganya tunggu untuk dibayar," katanya.


Di media sosial, netizen bersimpati dengan apa yang dilalui mangsa. Netizen juga menasihatkan mangsa untuk membuat laporan polis dan menyertakan video dari rakaman kamera litar tertutup premisnya untuk dijadikan sebagai bukti. 


Sumber: Niaga Kini



source https://www.thereporter.my/2021/02/dia-lari-macam-tu-je-gadis-shell.html
Previous
Next Post »