'Saya mohon maaf, saya sedia bertanggungjawab' - Remaja dipenjara 25 tahun kerana bunuh anjing polis



Seorang lelaki di Florida dijatuhkan hukuman penjara kerana menembak mati seekor anjing milik polis yang diberi nama Fang, ketika tertuduh cuba melepaskan diri dari ditahan dalam kejadian dua tahun lalu. 


Jhamel Malik Paskel, 19, dihukum penjara selama 25 tahun oleh Mahkamah Daerah Duval setelah dibicarakan sebagai orang dewasa atas enam pertuduhan termasuk menembak mati anjing polis, pembunuhan bersenjata dan melakukan penculikan. 


Lapor News4Jaxm bagi pertuduhan membunuh anjing, Jhamel dikenakan hukuman penjara lima tahun dan baki 20 tahun penjara untuk kesalahan yang lain.


Ketika dalam perbicaraan, Paskel menyatakan dia berusia 17 tahun semasa melakukan jenayah itu dan memohon maaf serta mengatakan dia dewasa dan bersedia bertanggungjawab di atas kesilapannya itu. 


"Saya ingin memohon maaf kepada pegawai polis Harrera kerana bukan sahaja membunuh rakan setugasnya, Fang, tetapi juga sahabatnya. 


"Saya juga ingin memohon maaf kepada mangsa atas perbuatan saya yang menakutkan mereka pada malam itu. Dan saya berhutang kemaafan kepada ibu saya kerana saya telah mengecewakan dia," katanya. 


Paskel yang telah menamatkan pengajian diploma sekolah menengahnya ketika berada di penjara berkata, dia mengangguk faham akan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara kepadanya melalui aplikasi Zoom. 


Ibunya yang turut menyaksikan pengadilan secara virtual itu memberitahu hakim yang Paskel mengalami masalah pembelajaran dan terjebak dengan dadah dan dia akan terus berusaha membantunya.


18 Disember lalu, Paskel mengaku bersalah kerana menembak Fang, memiliki pistol dan melarikan diri, serta terbabit dalam rompakan bersenjata dan penculikan dua wanita. 


Dalam kejadian sekitar 2.30 pagi 30 September 2018, Paskel yang memakai topeng hitam melarikan kereta jenis Chevrolet Cruze di sebuah stesen minyak. Dia mengacukan pistol ke arah pemandu berusia 25 tahun itu dan mengarahkannya untuk memandu. 


Paskel kemudian memberitahu pemandu dan penumpang wanita berusia 35 tahun itu untuk keluar sebelum memandu kereta itu bersendirian. Namun polis berjaya mengesan kereta tersebut menggunakan sistem OnStar dan berlaku aksi kejar mengejar. 


Paskel menembak mati seekor anjing K-9 yang berusia tiga tahun sebelum berjaya ditahan polis yang telah mengepungnya. 


Ketika perbicaraan, pegawai polis Herrara berkata, dia melepaskan Fang untuk menghalang Paskel dari terus melarikan diri tetapi terdengar bunyi tembakan tidak beberapa lama selepas itu yang ditemuinya sudah tidak bernyawa akibat kesan tembakan di dada. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2020/10/saya-mohon-maaf-saya-sedia.html
Previous
Next Post »