'Masuk Malaysia takde kerja, buat jenayah plak dia' - Warga asing cuba tikam dua wanita dengan parang ditahan

Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 28 tahun yang dikatakan cuba menikam seorang wanita dan merosakkan dua motosikal milik ahli keluarga mangsa di Kampung Merbuk, Karangan, malam tadi. 


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, penganggur terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Sungai Kob pada jam 8.30 malam. 


Menurut Azhar, suspek menceroboh kediaman mangsa yang tinggal bersama neneknya yang ketika itu sedang menonton televisyen. Suspek terus menyerang tukang masak berumur 35 tahun menggunakan parang tetapi mangsa berjaya mengelak dengan menahan tangan suspek. 


"Suspek dikatakan mengacukan parang dan sebatang besi ke arah mangsa serta cuba menikamnya dengan parang. Dia juga melakukan perbuatan sama ke arah nenek mangsa. 


"Mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan suspek keluar dari rumah itu dan merosakkan dua motosiukal jenis Honda RS dan Yamaha R25 milik adik dan ibu saudaranya," katanya. 


Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif sebenar suspek. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/10/masuk-malaysia-takde-kerja-buat-jenayah.html
Previous
Next Post »