'Biar betul?!' - Video lelaki gosok 'burung' didakwa mirip pelakon lelaki viral di media sosial

Viral di media sosial video seorang lelaki sedang menggosok kemaluannya yang didakwa mirip seorang pelakon lelaki. 


Berdasarkan video berdurasi 42 saat itu, lelaki yang didakwa mirip pelakon berkenaan kelihatan tidak berbaju memberikan ciuman pada lensa kamera dan kemudian menggosok kemaluannya.


Beberapa gambar screenshot didakwa menyerupai pelakon muda itu tturut tersebar, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu benar-benar pelakon berkenaan atau hanya pelanduk dua serupa. 


Tidak kurang juga ada yang mendakwa pelakon itu menjadi mangsa teknik 'deepfake' atau super imposed oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 


Di Instagram pelakon itu kini dihujani dengan pelbagai pertanyaan netizen dan peminatnya apakah benar dia lelaki dalam video viral itu.


Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan penafian yang dikeluarkan di media sosial pelakon berkenaan.


Netizen dinasihatkan untuk tidak menyimpan video viral tersebut. Jika ditangkap, anda boleh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/10/biar-betul-video-lelaki-gosok-burung.html
Previous
Next Post »