(Video) 'Belum sempat tutup pintu...' - Lelaki nyaris maut dirempuh kereta terbabas


Seorang lelaki cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Innova dalam kemalangan yang berlaku pada petang semalam di Jalan Hospital, Kota Bharu. 


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JPST) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa, Wan Mohd Zuhari Wan Muhammad, 38, mengalami kecederaan di bahagian luaran dan telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mendapatkan rawatan. 


Sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Proton Saga berhenti di bahu jalan di hadapan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya.


Tidak lama kemudian, sebuah MPV yang dipandu lelaki berusia 27 tahun dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kereta mangsa yang menyebabkannya cedera. 


Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, mangsa baru sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Belum sempat menutup pintu, keretanya dirempuh dengan kuat dari bahagian belakang. 


Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sebaik saja anggota polis tiba di lokasi, mangsa sudah dihantar ke hospital, manakala pemandu MPV terbabit tiada di tempat kejadian. 




Sumber: Kosmo, Info Roadblock JPJ/POLIS



source https://www.thereporter.my/2021/01/video-belum-sempat-tutup-pintu-lelaki.html
Previous
Next Post »