'Amaran dah diberi sejak Oktober lalu' - 4 peniaga jalanan di kawasan lampu isyarat disaman polis


Selasa, 5 Januari 2021, empat penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat di Taiping, Perak, telah disaman polis. 


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, empat penjaja terbabit disaman kerana perbuatan mereka itu mendatangkan bahaya kepada diri dan juga pengguna jalan raya. 


Menurut Osman, pihaknya sebelum ini telah memberi amaran kepada penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat sejak Oktober lalu. Namun pihaknya masih menerima laporan aktiviti perniagaan itu masih dilakukan di persimpangan lampu isyarat. 


Ops Penjaja Jalanan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Taiping pada hari tersebut telah mengeluarkan empat saman terhadap empat penjaja terbabit kerana melakukan kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri. 


"Hasil operasi itu, polis mengeluarkan empat saman ke atas empat penjaja berusia 18 hingga 22 tahun yang menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat. 


"Polis turut memantau lokasi ini bagi memastikan perkara ini tidak berulang," katanya memetik laporan dari Harian Metro


Gambar polis mengeluarkan saman terhadap penjaja jalanan itu juga viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya adalah negatif kerana beranggapan tindakan itu menghalang peniaga mencari rezeki. 


Bagaimanapun, polis bertindak sedemikian untuk memastikan keselamatan para pengguna jalan raya termasuk penjaja jalanan berkenaan. 


Semakan di beberapa kawasan lampu di isyarat di beberapa negeri juga mendapati aktiviti itu masih giat dijalankan. 



source https://www.thereporter.my/2021/01/amaran-dah-diberi-sejak-oktober-lalu-4.html
Previous
Next Post »