Mayat seorang bayi perempuan ditemui orang awam, dipercayai dicampak oleh ibunya dari tingkat 13 bangunan hotel di Jalan Bukit Mata, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada jam 9.20 malam Rabu, 14 Januari 2021 dan terus menghantar anggotanya ke lokasi kejadian.
"Sepasukan polis telah membuat siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian kepala," katanya.
Susulan dari penemuan itu, polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di hotel tersebut, yang disyaki ibu kepada mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Suspek juga dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan sebelum disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
source
https://www.thereporter.my/2021/01/bayi-maut-dicampak-dari-tingkat-13.html
This is dummy text. It is not meant to be read. Accordingly, it is difficult to figure out when to end it. But then, this is dummy text. It is not meant to be read. Period.
Related Post
Pasangan pengantin baharu ditahan, disyaki cuba mengedar dadah heroin 9.2 kilogram di parkir masjid
Belum sampai 24 jam berkahwin, pasangan pengantin baharu ditahan polis kerana dipercayai cuba m
"Kami ke sini untuk berlindung, bukan curi pekerjaan,"- Warga Rohingya dakwa orang Malaysia tak sukakan mereka
Sehingga kini, isu melibatkan pendatang asing ke negara kita belum selesai. Kebanjiran pendatan
'Ada beberapa artis, jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupa-rupanya...' - Wanita dedah taktik penipuan geng-geng founder produk timbang kilo
Sebelum ini, kita didedahkan dengan produk timbang kilo yang tidak menepati piawaian, kali ini,
Ridzuan Hashim meninggal dunia, hembus nafas terakhir di HKL
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpu