Lelaki jadi mangsa cabul kerana disangka perempuan berambut panjang


Seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya yang tidak dijangka ketika berjalan di tempat awam di mana 'payudaranya' tiba-tiba diramas oleh lelaki yang tidak dikenali. 


Dalam insiden yang berlaku di Yogyakarta itu, suspek dipercayai menyangka mangsanya adalah seorang perempuan kerana berambut panjang. 


"Baru saja menjadi mangsa cabul di Yogyakarta semasa sedang berjalan di area perumahan. Si goblok. Aku kan lelaki berambut panjang, tak pasal-pasal kena ramas. 


"Hati-hati ye golongan wanita kalau pulang di waktu malam. Banyak orang tak betul," kata @banumelody. 


Difahamkan, suspek menunggang motosikal itu datang dari arah belakang dan terus meramas dada kanan @banumelody. Kejadian itu membuatkan mangsa terkejut. 


"Si goblok tu, dia kejar dari belakang dan terus meramas dada kanan. Aku terus dia, tetapi dia berjaya melarikan diri. Aku terkejut dan terkedu seketika," katanya. 


Tambahnya, pada ketika itu dia berpakaian sopan dan tidak menunjukkan bentuk badan. Hanya rambut panjangnya sahaja yang mengurai membuatkan suspek menyangka dia perempuan. 


Perkongsian lelaki itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Rupa-rupanya ada ramai perempuan yang pernah mengalami situasi seperti itu dan rata-ratanya tidak berani melawan kerana takut. - Agensi



source https://www.thereporter.my/2021/01/lelaki-jadi-mangsa-cabul-kerana.html
Previous
Next Post »