Gajah maut selepas dilempar dengan kain terbakar


Viral di media sosial video seekor gajah dibakar hidup-hidup oleh penduduk dalam kejadian di Nilgiri, Tamil Nadu, India. 


Lapor India Times, kejadian itu berlaku pada 8 Januari 2021 di mana suspek dikatakan membakar tayar sebelum dilempar ke arah gajah terbabit sehingga membakar telinga haiwan itu. 


Suspek cuba menghalau gajah itu dengan melemparkan kain terbakar. Berdasarkan video rakaman orang awam, api terus menjilat badan haiwan itu menyebabkan ia lari ke hutan dengan jeritan yang menyayatkan hati. 


Ekoran viral video tersebut, polis terus melakukan siasatan dan memberkas seorang individu yang disyaki terbabit dalam kejadian itu. Seorang lagi suspek sedang diburu. 



Menurut sumber, gajah berusia 40 tahun itu dilaporkan telah meninggal dunia pada Selasa, 19 Januari 2021 kerana mengalami luka melecur tahap teruk di badannya. 


Renjer hutan menemui haiwan itu dalam keadaan yang sangat lemah dan meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian. 


Kejadian itu mengundang kemarahan netizen dan golongan selebriti tempatan yang mengutuk perbuatan suspek yang zalim terhadap haiwan.


Sumber: India Times



source https://www.thereporter.my/2021/01/gajah-maut-selepas-dilempar-dengan-kain.html
Previous
Next Post »