'Kau beritahu orang, aku bunuh kau' - Bapa rogol anak tiri sehingga hamil


Seorang bapa sanggup merogol anak tirinya ketika ahli keluarga yang lain tiada di rumah dalam kejadian yang berlaku di Daerah Hu'u, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. 


Lapor agensi berita tempatan, suspek terdahulu mengejutkan anaknya yang sedang tidur lalu merogolnya di ruang tamu. Suspek turut mengancam akan membunuh mangsa sekiranya tidak menuruti permintaan nafsunya itu. 


Kali terakhir suspek menyentuh mangsa adalah pada jam 3 petang, 13 Disember 2020," kata Ketua Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Polis Dompu, Aipda Ahmad Rimawan. 


Perbuatan suspek itu terbongkar selepas ibu saudara mangsa curiga dengan keadaan kanak-kanak itu di mana perutnya kelihatan besar. Mangsa kemudian mengaku dia telah dirogol oleh suspek. 


Ibu saudaranya terus memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan ibu mangsa lalu membuat laporan polis pada 14 Disember 2020. 


Berdasarkan siasatan polis, mangsa kini sedang hamil tujuh bulan. Mangsa juga memaklumkan suspek telah berulang kali merogolnya. 


Suspek kini telah ditahan dan disiasat untuk tindakan undang-undang atas tuduhan merogol. - Agensi



source https://www.thereporter.my/2021/01/kau-beritahu-orang-aku-bunuh-kau-bapa.html
Previous
Next Post »