(Video) 'Rentas negeri beli karpet pulak!' - Neelofa & suami merentas negeri beli karpet di Nilai 3, undang kemarahan netizen


Bulan April 2021 baru saja melabuhkan tirai, yang menyaksikan pengacara popular, Neelofa, mengatakan dia redha dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerana kesalahan melanggar SOP ketika menganjurkan majlis perkahwinan dan menyalahgunakan kebenaran merentas negeri di Langkawi, Kedah. 


Dalam kenyataannya, Neelofa berkata, "saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa..." 


Baru-baru ini, pengacara berkenaan sekali lagi mencetuskan kekecohan di media sosial di mana dia dan suaminya baru-baru ini merentas negeri untuk membeli karpet, seolah-olah kata-katanya yang sebelum ini hanyalah sekadar kata-kata-sahaja. 


Neelofa sendiri memuat naik video di Instastorynya yang menunjukkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di pusat perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan. 



Video yang dikongsikan oleh Neelofa telah dipadamkan dari akaun Instagramnya, namun sempat dirakam netizen dan diviralkan meluas di media sosial. 


Sedangkan pasangan selebriti itu diketahui tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana penduduknya tidak dibenarkan merentas negeri. Perkara itu turut disahkan oleh netizen yang mendakwa ternampak kelibat pasangan itu di Nilai 3.


"Officemate aku nampak diorang tadi dekat Nilai 3. Member aku send gambar tadi dekat group, habis semua tadi was-was akan pahala puasa masing-masing. Sebab sebab Lofa," tulis netizen di Twitter menggunakan nama Qila. 



"Rentas negeri beli carpet pulak. Rasa macam baru semalam je dia kelentong konon jadikan kesalahan (sebelum) sebagai iktibar dan pengajaran yadda yadda. Kh***** punya ninja," tulis @Arxxxxmand. 


Sementara itu, ada individu terpaling kental tampil mempertahankan pasangan selebriti itu. Individu berkenaan menulis teguran yang panjang lebar membidas netizen yang mengecam Neelofa dan suaminya. 


"Jangan nak fitnah, dosa besar, tambah malam Ramadan ke-21 ni. Orang cari pahala, hampa cari dosa. Dia pergi yang KL punyalah. Owner tu cuma sembang beritahu ada juga cawangan di beberapa tempat termasuk di Nilai. 


"Dia delete post sebab ramai yang salah faham dan kecam. Jangan nak mengumpat dan memfitnah orang kalau tak tahu perkara itu sahih. 


"Ustaz Haris pun tahulah bahaya Covid sebab dia bekas pesakit Covid-19. Diap ernah kena masa kluster tabligh Sri Petaling masa pergi solat di situ," katanya yang juga menyedarkan netizen bahawa Neelofa dan suaminya banyak membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukannya termasuklah bantuan ke negara jiran. 



Tetapi, penjelasan panjang lebar individu berkenaan dibidas semula oleh netizen yang mengesahkan pasangan itu sememangnya berkunjung ke premis Naeem Carpet di Nilai 3. 



Ditambah pula dengan posting dari boss Naeem Carpet itu sendiri di Facebook, yang jelas mengatakan pasangan itu sememangnya datang ke premisnya di Nilai 3. Mereka turut merakam gambar bersama sebelum gambar itu dipadamkan.


Sumber: Harian Metro, Forum Cari



source https://www.thereporter.my/2021/05/video-rentas-negeri-beli-karpet-pulak.html
Previous
Next Post »