(Video) 'Kalau ilmu tentang Israel & Palestin belum cukup enuff, tak payah sibuk nak beri pandangan' - Remaja dihentak dengan helmet kuning gara-gara cabar netizen bertumbuk di media sosial


Viral di media sosial video seorang remaja lelaki dipukul beramai-ramai gara-gara mencabar netizen bertumbuk dengannya dalam video yang dimuat naiknya sebelum ini.


Dalam kejadian yang berlaku di Taman Sukma, Kuching, Sarawak, remaja terbabit dikatakan mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap netizen yang tidak berpuas hati dengan pandangannya mengenai konflik di antara Palestin dan Israel. Video tersebut dirakam pada sekitar jam 1 pagi, 17 Mei 2021.


"Jadi aku dah luahkan pandangan pada pihak mana yang saya sokong dalam konflik antara Israel dan Palestin. Sebelum korang nak serang, kecam dan menilai aku, pastikan korang dah tengok cerita dari kedua-dua belah pihak, bukannya dari sebelah pihak sahaja. 


"Pastikan korang juga tahu konflik itu tentang apa dari mana ianya bermula. Dan kalau korang nak jual nama agama (sambil tunjuk kitab Quran Karim) untuk meraih simpati dengan point bodoh korang tu, make sure korang dah kaji dari first page sampai hujung, barulah korang buka mulut dan luahkan pandangan korang guna ilmu dengan aku. 


"Kalau otak korang masih kosong, jangan datang dekat buka mulut dan luahkan pandangan bodoh korang. Kalau korang tak nak mulut korang hilang esok hari, jangan datang buat benda bodoh. Make sure otak berisi sebelum bercakap. 


"By the way, kata-kata ini ditujukan kepada semua yang menonton video ini, dan yang terasa. Yeah, ini ditujukan kepada korang yang double motherf****rs. 


" Daripada korang terasa, apa kata korang tengok cermin? Kalau korang rasa ilmu korang tentang kedua-dua pihak itu belum cukup enuff, tak perlu sibuk nak beri pandangan. Pandangan bodoh korang tak relevan. Berhentilah jadi hipokrit son of a b**ch.


"Kalau ada sesiapa di sini yang rasa tak puas hati dengan apa-apa yang aku dah katakan tadi, esok hari pergi Sukma, Lorong 1B, (kita) bertumbuk. 


"Kepada sesiapa yangg bersetuju dengan pandangan saya, tak kiralah sama ada pandangan sebelum ini.. tetapi pada penghujung video aku serang hampir semua orang.. Untuk pertama kali dan terakhirnya, saya dengan ikhlasnya memohon maaf. Tapi kalau korang menyebelah aku, bagus. Kepada yang tidak menyokong aku itu, f**k you people," katanya. 



Akibat dari kata-katanya itu, sekumpulan lelaki datang menyerbu kediaman remaja terbabit untuk menuntut penjelasan. Bagaimanapun keadaan menjadi huru hara apabila ada yang bertindak menarik rambut sebelum menghentak kepala remaja berkenaan menggunakan helmet kuning. 


Remaja itu bernasib baik kerana tampil seorang wanita yang dipercayai kekasihnya, bertindak melindungi remaja itu daripada terus dipukul dan dibawa ke dalam rumah.


Difahamkan, remaja itu telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. 


Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan sedang memantau semua platform media sosial bagi mengesan mana-mana individu atau pihak yang mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang dianggap berat sebelah dalam melindungi keganasan Israel terhadap Palestin. 


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mendesak semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan platform baik di peringkat tempatan dan antarabangsa bekerjasama untuk memastikan penyebaran maklumat yang sahih, adil dan tepat. 


Sumber: Facebook Viral, Malay Mail



source https://www.thereporter.my/2021/05/video-kalau-ilmu-tentang-israel.html
Previous
Next Post »