11,000 rakyat China hadiri festival muzik di Wuhan, majoriti tak pakai mask + tiada penjarakan sosial


Ribuan rakyat di China menghadiri festival muzik di Wuhan, bandar di mana wabak Covid-19 mula dikesan. Festival Muzik Strawberry yang bermula pada Sabtu menunjukkan orang ramai menari, melompat dan menjerit dengan gembira apabila melihat penyanyi kegemaran mereka naik ke pentas. 


Wakil penganjur festival itu berkata, kira-kira 11,000 orang datang menghadiri festival itu pada Sabtu, sambil menambah jumlah itu melebihi dari jangkaan mereka. 


Pagar besi dipasang di depan pentas dan anggota keselamatan juga ditempatkan di beberapa tempat. Hanya sebilangan kecil penonton yang memakai pelitup muka, berbanding kebanyakannya yang tidak memakainya. 


Tahun lalu, penduduk Wuhan terpaksa menjalani perintah berkurung lebih dari dua bulan disebabkan pandemik Covid-19. Sejak dari itu, bandar berkenaan dilaporkan hampir bebas sepenuhnya dari virus berbahaya berkenaan, menurut data rasmi. 


Trend jangkitan di China sejak beberapa bulan lalu hanya melaporkan beberapa kes sporadik yang dikesan, sekali gus meredakan ketakutan masyarakat terhadap virus itu. 



"Tahun lalu kami (Wuhan) menderita disebabkan Covid-19. Bukannya mudah untuk mencapai apa yang dinikmati sekarang. Jadi, saya rasa sangat teruja berada di festival ini," kata Gao Yuchen, 23. 


Festival yang dianjurkan selama dua hari itu mempersembahkan penyanyi tempatan yang ternama dan tidak begitu dikenali berganding menjayakan festival yang diadakan di Wuhan's Garden Expo Park. Para pengunjungnya dilaporkan datang dari pelbagai wilayah di negara itu.


Jumaat lalu, China hanya melaporkan 16 kes baharu positif Covid-19. Kesemua kes baharu itu merupakan kes import.


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2021/05/11000-rakyat-china-hadiri-festival.html
Previous
Next Post »