'Kalau dah atlet camtu, memang coach ambil mana yang sempat' - Komen jijik lelaki ini dikecam netizen, siap suruh bayangkan kalau anak dara pakai bikini di rumah

Atlet renang negara yang juga ibu kepada tiga anak, Cindy Ong baru-baru ini mendedahkan dirinya pernah diganggu secara seksual selama beberapa tahun oleh jurulatih kebangsaan ketika dia masih berusia remaja. 


Cindy yang berasal dari Ipoh, Perak, pernah memenangi tujuh pingat emas di FINA World Championship Masters (bagi usia 35-39), mendakwa seorang jurulatih pernah menyentuh payudaranya ketika pergi ke luar negara untuk menyertai pertandingan. 


Pada waktu itu, tiada media sosial untuk dikongsikan mengenai apa yang berlaku. Namun kini dia yang telah dewasa dan juga seorang ibu serta jurulatih, enggan kejadian yang seumpama itu berlaku kepada anak-anak atau perenang yang dilatihnya. 


Cindy bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi mahu menegaskan bahawa perkara seperti itu berlaku dan menuntut pihak berkaitan mengambil tindakan bagi menangani masalah gangguan seksual seperti itu. 


Ramai yang terkejut dengan pendedahan Cindy, tetapi ada segelintir netizen pula menyalahkan Cindy disebabkan pemakaiannya (pakaian renang) yang dianggap seksi.


"Biasalah tu, puyu pun boleh jadi jerung kalau dah athletes camtu. Memang coach tu tak ambil kesempatan, tapi dia ambil mana yang sempat. Bayangkan kalau anak dara pakai bikini dalam rumah. Agak-agak ayah kat rumah nak pandang je ke?" tulis Hisham Shafiei. 



Komen itu kemudian viral di media sosial dan dikecam teruk oleh netizen.


"Ketika meneliti ruangan komen, mata saya tertumpu pada satu komen yang sangat memalukan. Kenapa saya tak cover muka ataupun nama? Sebab individu ini sendiri membuat keputusan untuk meninggalkan komen sebegini dalam posting public. 


"Lebih menyedihkan, dia sendiri ada anak dara. Di page siap quote surah ar-Rahman. What is he trying to imply here? What I'm feeling now is beyond mad. I'm actually in disgust! Perempuan yang berpakaian seksi bukan green light untuk orangg lelaki suka hati melempiaskan nafsu amarah. Dalam hal ini kalau dah ayah sendiri komen macam ni, how would you think anak lelakinya akan dicorakkan?" tulis Nuur Fatin Dini. 


Bagaimanapun, Hisham menjelaskan dia telah menjadi mangsa viral untuk individu terbabit bagi tujuan meletupkan sales. 


"Saya jadi mangsa, sebab nak letopkan sales. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah padanya. Cara yang salah digunakan untuk tarik trafik," tulisnya.



Dalam laporan MalaysiaKini, Cindy juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memuat naik komen berunsur lucah, bukannya menumpu kepada laporan berita yang menyatakan hasratnya memburu rekod dunia dalam laporan Harian Metro pada 13 Jun 2020. Golongan lelaki gila seks ini secara terbuka memarahi FB Harian Metro kerana tidak menayangkan 'gambar penuh'. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro, FB Nuur Fatin Dini, Hisham Shafiei



source https://www.thereporter.my/2021/05/kalau-dah-atlet-camtu-memang-coach.html
Previous
Next Post »