Video dan gambar Pesawat 767 Terbakar, Tayar Pesawat Pancit

Pesawat US Boeing 767 Terbakar, FAA US: Tayar Pesawat Pancit





Kira-kira 2.35 petang kelmarin wakyu Malaysia, sebuah pesawat milik syarikat penerbangan American Airlines Boeing 767 yang sedang dalam perjalanan ke Miami terbakar ketika cuba untuk berlepas dari lapangan terbang Chicago's O'Hare, Amerika Syarikat. 

Menurut akhbar Mirror di UK, ketika pesawat tersebut terbang naik, sayap kiri pesawat tersebut tiba-tiba terbakar dan keluar asap yang banyak, seramai 161 peumpang dan 9 orang anak kapal yang berada di dalam pesawat segera menyelamatkan diri dengan menggunakan tangga lunsur kecemasan. 

Sekurang-kurangnya 20 orang dikatakan mengalami kesan lebam dan cedera di bahagian kaki ketika mereka sedang bergegas turun menggunakan tangga lunsur kecemasan.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dengan beberapa maklumat awal yang bercanggah.

Persekutuan Pentadbiran Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) berkata ia berpunca dari salah sebuah tayar pesawat meletup namun pihak penerbangan mendakwa ia berpunca dari bahagian enjin setelah berlaku kebocoran bahan api.

Setakat ini, lorong penerbangan yang terjejas telah pun ditutup,menurut syarikat penerbangan American Airlines terbabit, penumpang yang terjejas akan ditukarkan ke penerbangan yang lain.

Satu siasatan lanjut sedang dijalankan.- CARI


Previous
Next Post »