Giler betul Lagi RM 4.2 Juta Ditemui SPRM

Rm 4.2 ditemui lagi oleh SPRM


Sumber Foto: Malaysiadateline.com

Sebanyak RM 4.2 juta lagi wang tunai milik kakitangan Jabatan Air Sabah hasil dari penyelewangan dana kerajaan ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mayasia (SPRM).

Dalam operasi Op Water yang dilancarkan di seluruh negeri semalam, suruhanjaya telah menahan 19 suspek termasuk ketua jabatan dan jurutera jabatan itu untuk membantu siasatan.

“Suspek yang merupakan ketua bahagian dan daerah ini telah membuat kutipan antara 27 peratus hingga 30 peratus jumlah nilai projek Jabatan Air daripada kontraktor-kontraktor yang telah ditawarkan kerja sebut harga dan kerja-kerja kecemasan jabatan," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki kepada Utusan Malaysia.

Pihaknya sedang mengumpul bukti dan pelbagai dokumen perolehan dan tuntutan telah dirampas.

Kesemua 19 tangkapan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Mahkamah Majistret Tawau serta Mahkamah Majistret Sandakan hari ini dan pihaknya berjaya mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kesemua mereka.

Azam juga menyeru supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang SPRM untuk menjalankan siasatan. -CARI
Previous
Next Post »