Kata lelaki ini "Saya Memeluk Agama Islam Bukan Masuk Melayu" - Bro Lim Jooi Soon

Dakwah pada Jiran Non Muslim

(Live) Bagaimanakah caranya untuk berdakwah kepada Jiran yang Non Muslim? Ceramah khas oleh pakar perbandingan agama, Bro Lim Jooi Soon.


Ramai yang mungkin masih keliru dan beranggapan bahawa apabila seseorang bukan Muslim memeluk Islam, dia wajib menukar namanya kepada nama Islam.

Walaupun undang undang telah digubal dan dikukuhkan lagi dengan nas yang sahih dari Quran dan Sunnah, tetapi masih ada segolongan di dalam masyarakat Islam enggan menerima.

Untuk pengetahuan, nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak mensyirikkan Allah baik dari segi bahasa atau maksudnya.

Ia tidak semestinya di dalam bahasa Arab kerana di zaman Rasulullah s.a.w ada beberapa sahabat yang memeluk Islam kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menukar nama seperti Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan. Andai nama Islam adalah di dalam bahasa Arab, mengapa Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat yang memiliki nama dalam bahasa Arab menukar nama mereka?

Mengupas mengenai isu nama Islam, pakar perbandingan agama, Bro Lim Jooi Soon tampil memberi penjelasan dan hujah dalam satu ceramah yang diadakan di Masjid Sharifah Fatimah Jitra minggu lalu. Difahamkan, Lim Jooi Soon merupakan mualaf pertama di Malaysia yang mengekalkan nama Cina selepas memeluk Islam.

Antara isu kandungan ceramahnya, nbsp;Bro Lim Jooi Soon memberitahu tentang dakwah kepada orang bukan Islam serta sebab-sebab mengapa beliau masih mengekalkan nama Cina. Tonton video dibawah ini.




Ini pula antara komen-komen dari netizen yang menonton video ceramah beliau

Saya Memeluk Agama Islam Bukan Masuk Melayu

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 23 ribu perkongsian dan ditonton sebanyak 300 ribu kali. - CARI


Previous
Next Post »