Kopi Beracun - Anak Perempuan Orang Kaya Dipenjara 20 tahun

Kes Bunuh Kopi Beracun: Anak Perempuan Orang Kaya Dipenjara 20 tahun


Foto dari : news.liputan6.com


Pembunuhan kopi beracun yang menggemparkan Indonesia akhirnya hari ini mahkamah menetapkan keputusannya!

Jessica Kumala Wongso yang dituduh membunuh rakannya di sebuah kafe mewah dengan kopi yang mengandungi racun dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun sebentar tadi.

Daily Mail United Kingdom melaporkan, Januari lalu Jessica mengajak dua orang rakannya berjumpa di kafe mewah berlokasi di sebuah pusat beli belah di Jakarta, dan salah seorang rakan itu merupakan mangsa yang bernama Wayan Mirna Salihin. 

Setiba Wayan Mirna di kafe tersebut, Jessica segera menghulur secawan minuman di depan Wayan, lalu tanpa rasa curiga mangsa terus menikmatinya. 

Sejurus kemudian, Wayan didapati jatuh ke atas lantai dan disahkan meninggal dunia setelah dihantar ke hospital.

Menurut pendakwaraya, punca mangsa dibunuh adalah disebabkan dia pernah bertindak menasihati Jessica untuk meninggalkan teman lelakinya yang merupakan seorang penagih dadah.

Jessica dikatakan meletakkan sianida ke dalam minuman rakannya itu. 

Foto Dari : http://i.dailymail.co.uk/


Hakim berpendapat, Jessica dengan Wayan adalah rakan baik, dan mereka pernah melanjutkan pelajaran di Australia. Tindakan tertuduh begitu kejam kerana sanggup meracuni rakan sendiri. Oleh itu, dia wajar dihukum penjara selama 20 tahun sebagai pengajaran. - CARI
Previous
Next Post »