Video Cctv Rakam Gelagat Curi Lembu Yang Melucukan ....

Rakaman CCTV Gelagat Curi Lembu Yang Melucukan Di India

Curi Lembu
Foto Carian Google

Meskipun di India terutamanya lembu dianggap binatang suci dalam agama Hindu, tetapi kebelakangan ini, timbul fenomena 'makan daging lembu' di negara tersebut.

Justeru itu, terdapat segelintir anasir yang mementingkan keuntungan, kelihatan mula bertindak mencuri lembu di mana haiwan tersebut haiwan kelihatan.



Baru-baru ini, sekumpulan geng pencuri lembu di Gujarat tanpa menyedari perbuatan jahat mereka telah dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV yang dipasang di kawasan jalan raya tersebut.
Paparan visual jelas menyaksikan, sebuah kereta berwarna putih berhenti di hadapan beberapa ekor lembu yang sedang berkeliaran. 

Kelihatan pemandu kereta tersebut turun dari kereta sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Kemudian pemandu berkenaan segera menangkap seekor lembu dan cuba memasukkannya ke dalam keretanya.

Keadaan memang agak melucukan, namun keadaan tersebut mendapat kecaman daripada netizen.

Buat masa ini, polis telah berjaya menahan seorang suspek dan kini masih dalam siasatan.- 


Previous
Next Post »