Raja Thailand Mangkat Pada Usia 88 Tahun

Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dilaporkan mangkat di Hospital Siriraj, Bangkok pada usia 88 tahun.





Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dilaporkan mangkat di Hospital Siriraj, Bangkok pada usia 88 tahun.

Menurut Istana Thailand, baginda mangkat pada pukul 3.52 petang waktu tempatan. Sebelum ini, banyak media melaporkan kesihatan baginda dalam keadaan kurang memuaskan.

Untuk rekod, Raja Bhumibol merupakan raja yang paling lama bertakhta di dunia iaitu selama 70 tahun. - CARI



Raja paling lama memerintah di dunia
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x624.
 
Gambar fail menunjukkan Raja Bhumibol dan Puter Mahkota Maha Vajiralongkorn serta permaisuirnya, Ratu Sirikit pada satu majlis di istana. - Foto AFP
4.

Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand yang mangkat selepas 70 tahun menaik takhta, adalah raja yang paling lama memerintah di dunia.
Raja yang disayangi rakyatnya itu turut dikenali sebagai Rama IX kerana dia raja kesembilan daripada Dinasti Chakri. Bhumibol dianggap rakyatnya sebagai simbol kestabilan dalam era perubahan pesat Thailand, termasuk menjadi negara industri dan perkembangan proses demokrasi negara itu akibat 10 rampasan kuasa tentera termasuk yang terbaru pada Mei 2014.
Bhumibol yang digelar ‘Por’ (Ayah) dilihat sebagai simbol penyatuan rakyat Thailand apatah lagi raja di negara itu dianggap hampir sama dengan dewa.
Berikutan kemangkatannya, ada kebimbangan ketegangan politik negara itu sejak sedekad lalu, akan lebuh meruncing.
Kesihatan Bhumibol sudah lama beransur teruk malah dia menghabiskan kebanyakan enam tahun lalu di Hospital Siriraj, Bangkok. Kali terakhir beliau dilihat di khalayak ramai ialah Januari lalu, sebelum dimasukkan ke hospital pada Mei 2015 dan dirawat kerana jangkitan kuman saluran pernafasan, paru-paru bengkak dan cecair dalam otak.
Dilahirkan di Massachusetts, Amerika Syarikat pada 5 Disember 1927, Bhumibol menaiki takhta pada 9 Jun 1946 menggantikan abangnya, Ananda Mahidol yang mangkat pada usia 21 tahun dalam kejadian yang masih menjadi misteri sehingga hari ini.
Bhumibol terkenal sebagai peminat seni fotografi dan muzik jazz malah berbakat bermain saksofon serta amat prihatin dengan isu alam sekitar dan pembangunan luar bandar.

Bhumibol mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Ratu Sirikit Kitiyakara, 83, termasuk anak keduanya, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn.


Raja Bhumibol

1. Baginda dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat ketika ayahandanya, Putera Mahidol Adulyadej melanjutkan pengajian di sana.

2. Raja Bhumibol menaiki takhta pada 9 Jun 1946 setelah kemangkatan kekandanya, Raja Ananda Mahidol. Kemangkatan Raja Ananda Mahidol penuh kontroversi kerana insiden tembakan misteri.

3. Walaupun meminati bidang sains dan teknologi, Raja Bhumibol melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan sains politik di Ecole Nouvelle de la Suisse Romande di Lausanne, Switzerland sebagai persiapan untuk memerintah Thailand.

4. Menurut laporan Forbes, setakat tahun 2011, kekayaan Raja Bhumibol bernilai AS$30 bilion dan merupakan antara kerabat diraja terkaya di dunia.

5. Baginda berkahwin dengan Permaisuri Sirikit Kitiyakara dan dikurniakan empat cahaya mata, termasuk Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang dilahirkan pada 1952.

6. Raja Bhumibol memainkan peranan penting dalam peralihan Thailand kepada sistem demokrasi setelah insiden rampasan kuasa pada 1991, di mana Thailand kembali kepada sistem pemerintahan tentera.

7. Oleh kerana itu, baginda turut disifatkan sebagai tokoh yang menyatukan rakyat di negara itu yang sebelum ini berpecah akibat perbezaan fahaman politik.

8. Tahap kesihatan baginda mula merosot sejak 2006. Keadaan baginda jarang dilaporkan kerana dikawal oleh pihak Istana yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa.

9. Ketika keadaan baginda dilapor kritikal, rakyat Thailand terus berkumpul di luar Hospital Siriraj di Bangkok untuk mendoakan kesihatannya. Ramai berpakaian warna kuning, warna yang sinonim dengan baginda sebagai tanda sokongan, kesetiaan dan kasih sayang kepada institusi diraja.

10. Baginda merupakan pemerintah monarki paling lama dalam sejarah dunia apabila memerintah selama 70 tahun.

Previous
Next Post »